John Goodman
John Goodman

John Goodman

John Stephen Goodman (lahir 20 Jun 1952) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Di awal kerjayanya, beliau terkenal dengan menjayakan watak Dan Conner dalam siri TV ABC Roseanne (1988–1997; 2018), di mana beliau memenangi Anugerah Golden Globe bagi Pelakon Lelaki Terbaik pada 1993. Beliau juga kerap bekerjasama dengan Coen bersaudara dalam filem seperti Raising Arizona (1987), Barton Fink (1991), The Big Lebowski (1998), O Brother, Where Art Thou? (2000), dan Inside Llewyn Davis (2013). Lakonan suara Goodman dalam filem animasi termasuk Pacha dalam filem animasi Disney The Emperor's New Groove (2000) dan Sulley dalam filem animasi Pixar Monsters, Inc. (2001) dan juga prekuelnya, Monsters University (2013).Lakonan filemnya yang lain termasuk peranan utama dalam Always (1989), The Babe (1992), The Flintstones (1994) dan 10 Cloverfield Lane (2016) dan peranan pembantu dalam Coyote Ugly (2000), The Artist (2011), Extremely Loud & Incredibly Close (2011), Argo (2012), Flight (2012), The Hangover Part III (2013), Transformers: Age of Extinction (2014), Patriots Day (2016), Kong: Skull Island, dan Transformers: The Last Knight (kedua-duanya 2017). Di televisyen, beliau muncul dalam Alpha House dan musim pertama Treme di HBO dan telah menjadi pengacara Saturday Night Live, serta menjayakan peranan undangan di siri televisyen Community. John Heilpern dari Vanity Fair menyifatkan beliau sebagai "antara pelakon terhebat".[1]

John Goodman

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Annabeth Hartzog (k. 1989)
Anak 1
Tahun aktif 1975–kini
Pendidikan Universiti Negeri Missouri (B.F.A.)
Kelahiran John Stephen Goodman
(1952-06-20) 20 Jun 1952 (umur 67)
Affton, Missouri, A.S.
Kediaman New Orleans, Louisiana, A.S.

Rujukan

WikiPedia: John Goodman http://www.avclub.com/article/john-goodman-on-gett... http://comicbook.com/popculturenow/2016/10/15/tran... http://www.emmys.com/celebrities/john-goodman http://www.ew.com/ew/article/0,,63534,00.html http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000422/ http://michaelbay.com/2014/05/08/john-goodman-and-... http://www.nbc.com/saturday-night-live/video/ander... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://www.tvline.com/2011/08/community-season-3-p...